Menu
Hari Putih SambutanDi Jepun, kebiasaanya pada Hari Valentine, kaum wanita akan memberi hadiah coklat (sama ada buatan tangan atau beli di kedai) kepada kaum lelaki sebagai suatu ungkapan cinta dan kasih sayang. Coklat buatan tangan itu lebih disukai oleh si penerima kerana ia tanda bahawa si lelaki itu menerima "satu-satunya" wanitanya. Pada Hari Putih sebaliknya berlaku apabila si lelaki yang menerima coklat itu sama ada honmei-choco (本命チョコ?, "coklat cinta") atau giri-choco (義理チョコ?, "coklat ihsan") ketika Hari Valentine perlu membalas hadiah tersebut yang kebiasaanya lebih mahal dari pemberian si wanita. Secara tradisionalnya, hadiah yang diberikan ketika hari tersebut ialah biskut, barang kemas, coklat putih, pakaian dalam berwarna putih dan marshmallow.[2] Kadangkala, istilah sanbai gaeshi (三倍返し?, secara harfiahnya, "tiga kali ganda pulangan") digunakan untuk menggambarkan bahawa hadiah pulangan tersebut hendaklah dua hingga tiga kali ganda lebih mahal daripada hadiah pemberian pada Hari Valentine.[3]
Hari Putih juga diamalkan di negara ini. Di sana, si lelaki yang telah menerima hadiah coklat daripada si wanita pada Hari Valentine hendaklah membalas hadiah itu, kebiasaanya ialah gula-gula bukan coklat. Pada hari ke-14 bulan seterusnya iaitu Hari Hitam, ia diamalkan oleh seseorang yang masih belum berpacaran.[4]
Menu
Hari Putih SambutanBerkaitan
Hari Hari Raya Aidilfitri Harimau Hari Raya Aidiladha Hari Gawai Hari Valentine Hari Arafah Hari Kebangsaan Malaysia Hari Lelaki Antarabangsa Hari TasyrikRujukan
WikiPedia: Hari Putih http://thedailykimchi.blogspot.com/2007/03/white-d... http://www.japan-101.com/culture/valentines_day.ht... http://iroha-japan.net/iroha/A01_event/06_wd.html https://www.canadianinquirer.net/2019/03/14/valent...